Wednesday 11 March 2009

PESAN BUYA HAMKA

Pada hari Ahad yang lalu, aku diizinkan ALLAH SWT menziarahi rumah kelahiran Almarhum Haji Abdul Malik Karim Amrullah, atau lebih kita kenali dengan panggilan HAMKA. Jelas aura nya berbeza, penuh kesyahduan mendengar hidupnya diriwayatkan sendiri oleh murid yang juga anak saudaranya Hanif Rasyid S.Pdi. Menelusuri jejak-jejak hidupnya, tergetus betapa jauhnya lagi perjalanan aku sendiri dalam mencari jalan menemui keikhlasan, hingga akhirnya aku nanti diizinkan kembali menemuiNYA.
Empat pesanan HAMKA, untuk jadi ingatan ku :
  1. Siapakah orang yang pintar itu ? Orang pintar adalah orang yang merasa bodoh sehingga tidak berhenti membaca dan belajar.
  2. Orang yang dapat berhubungan dengan yang Maha Suci ALLAH adalah orang yang selalu mensucikan diri. Justeru itu aku harus bertaubat dahulu sebelum berdoa, supaya dengannya aku dapat berhubung dengan ALLAH, dan semoga doaku itu dikabulkan.
  3. Orang yang berbahagia adalah orang yang merintis kehidupannya menuju kampung halamannya. Dan dimanakah kampung halaman ku? Itulah Syurga kurniaan ALLAH.
  4. Ketika rumahku diketuk oleh kemiskinan, aku buka jendela dan aku lompat keluar. Apakah kemiskinan itu? Kemiskinan Ilmu, Kemiskinan Iman, Kemiskinan Akhlak, dan Kemiskinan Harta

Pak Hanif lalu mengakhiri pertemuan kami dengan sebuah cerita;

Seekor anjing pemburuan kuat sekali kesetiaannya pada tuannya. Meskipun sedang menghadap makanan yang enak, jika dipanggil tuannya, terus ia lari menuju tuannya dan meninggalkan apa yang sedang dilakukannya. Sedang manusia, waktu leka ia dengan urusan keduniaannya, bila dilaungkan azan, tanda panggilan untuk menghadap TUHANnya, tidakkah terlintas dihatinya untuk menyahut seruan itu? Maka dimanakah letaknya diri manusia yang lalai jika dibanding anjing yang tidak berakal itu?

Ya RABBI, ampunilah aku yang sering berlaku zalim pada diriku sendiri

Al-Fatihah untuk Almarhum HAMKA.

4 comments:

Don Balon said...

Alhamdulillah ya akhie..
banyok input berisi dari aok..

caturist said...

Al-Fatihah tu HAMKA. Pujaan abahku!

ONE said...

alhamdulillah..

terima kasih kerana komen tp saya tetap x bsetuju dengan cikgu..
wsslm

malay-machista said...

one,
perbezaan pendapat itu satu rahmat. insyaALLAH, bila kita semua berani berpegang pada prinsip masing-masing (tapi mesti ada sandaran dan hujah), ALLAH nanti bagi rahmat pada Ummah.