mampukah aku menemui keikhlasan dalam perjalanan singkat menuju alam kekal di sisi ALLAH suatu hari nanti?
ikhlas itu seperti seekor semut hitam di atas batu hitam di malam yang gelap gelita.. itu sebaris bicara yang pernah kubaca. lalu, jika sebegitu sukarnya mencari keikhlasan dari sudut takrifnya, pasti mencari ikhlas dalam diriku ini lebih sukar lagi. ikhlas kah aku? dalam menjalani perjalanan dan ujian ini? adakah aku ikhlas jika :-
- serentak tangan kananku menghulur sedekah ke tangan kecil anak-anak yang meminta, serentak hati berdetik betapa mereka ini dipergunakan oleh si dewasa yang keji?
- rapat bahu ku menghimpit teman jemaah, tetapi jauh hati ku dari silaturrahim mereka?
- senyum aku pada jiran yang menyapa, tetapi jengkil jiwaku pada kucingnya yang mengotori laman ku?
- ramah bicaraku pada rakan yang menegur, tapi dingin sukma ku pada dirinya?
- tekun langkahku mengais rezeki, tapi lemah tanganku pada amanah?
- ku beri ihsan dan kasih pada isteri yang bernaung pada ku, tetapi ku kurung redha pada kelemahan-kelemahannya?
maka sesatkah aku dalam pencarian?. mencari ikhlas yang benar tulus. tak mengapa, aku akan terus mencari. semoga ALLAH memberiku waktu.
8 comments:
No 6 tu yang den raso nak nangis tu..
copek bonar den naik soro kalau org umah buek silap..
Astaghfirullah...
Salam Broder,
U cikgu B.Inggeris ka atau cikgu BM. I tengok u punya penulisan sajak ok la.
Don,
itulah yang koi tergerak mencari erti keikhlasan tu! lemah betul kita ini sebagai manusia... macam mana nak jadi insan KAmil nih? hehe
dear Sukj,
panjang ceritanya bro! hehehe..ringkasnya, saya ni kira dua-dua lah... dulu kat maktab lulus Pengajian Melayu - mengajar bahasa melayu kat sekolah rendah... bila sambung belajar- lulus Pengajian Inggeris. Mengajar bahasa inggeris kat sekolah menengah.
Salam bro,
Tapi english you very high macam brother gua juga.. sek rendah / mengah kat Terengganu ngajar english dan lepas dapat Master Tesl terus kerja ngan Jabtan pendidikan negeri.. apa pun lu punya tulisan memang power bro..
wslm fazrul,
ALLAH dipuji, manusia diuji. thanks bro, aku orang kecik saja.
Bro,
1. Walaupun saya tak pernah bertemu dan berjumpa dgn u, tetapi saya rasa u ni ada 'aura' tertentu jika menjadi seorang politician.
2. I sincere n hons..ini bukan lawak serius.
3. So jika u ada cita2 mahu jadi politician, u try i'm sure u can get it. Tak kisah la parti apa pun...janji Malay.
salam bro SUKJ,
politik adalah dunia bagi mereka yang sangat kuat dan teguh peribadinya.
i believe my calling is to remain an educator, pendidik. ada sebab Tuan,
1. 15 tahun jadi cikgu, dengan ribuan murid, saya harap jika saya dapat menyentuh nurani sekurang-kurangnya 1/3 dari mereka - AlhamduLILLAH
2.biarlah saya berperanan menjadi "pembentuk" untuk generasi politician masa depan. semoga ia jadi amal saya.
3. saya kurang pandai jaga hati orang, Tuan!. sat lagi depa marah! hehe
saya turut mengikuti blog brader, saya rasa brader lebih layak lagi. you have tonnes of experiences and strength! serious!
nukilan yang baik..
Post a Comment