Wednesday, 14 October 2009

Mencari Rindu Yang Hakiki

Sesungguhnya begitu halus perasaan seorang manusia, dengan segala rencam yang rumit, berliku dan sakit dan pedih dan kadang-kadang luka. Tetapi kadang-kadang menjadi syahdu, dan puas, dan khusyuk, dan redha atas segala yang terjadi. Begitu aku merasa gerak manusiawiku, yang rumit, teraba-raba mengikut panduan yang telah tersedia. Telah ada panduan itu. Panduan Tauhid. Panduan abadi yang menjadi teras kemanusiaanku. Lalu, tauhid yang menjadi tunjang itu seharusnya terus kukuh dalam sanubari, menjadi arah, menjadi tunggak, menjadi penunjuk arah dalam kehidupanku. Tapi aku merasa rinduku ini palsu. Rinduku pada keesaanNYA hanya berlegar sekitar bibirku. bagaimana mungkin hidup mahu menjunjung ketauhidan, tetapi gerak selalu lalai dan cuai? Khusyuk hanya tinggal mimpi, Taqwa hanya tinggal idaman, rindu padaNYA tidak terterjemah pada gerak, yang seharusnya ikhlas, sesuai dengan tarafku sebagai hamba. Jika cinta, pasti rindu. Dari rindu, menjadi gerak. Gerak yang terbit dari ikhlas, adalah tunjang kehambaanku. kemarilah rindu, datang hampir padaku.

5 comments:

Don Balon said...

pergh..lama tok nampok weh..
:)

wahyu said...

Salam hormat dan rahayu,

Rindu Rabiatul'Adawiyah terhadap Ilahi, persis amat suci sekali.Rindu anak pada ibu bapanya pula perlu dipupuk sejak kecil lagi.Rindu kekasih pada kekasihnya jika tersilap langkah, menjadi trajis pula.

Barang siapa rindukan Allah, Pencipta Segala Sesuatu,hatinya mempunyai mata. Mata hatinya melihat segala sesuatu yang tidak dilihat oleh penglihatan biasa.

Bicarawahyu.

malay-machista said...

Don, mintak maaf le bebanyok, koi tak menang tangan menangani kehidupan ni lately..hehehe.
sebenornya, aturan hidup ni begitulah, kadang2 dok buat benda lain, terlupa benda lain..sedor2 udah berbulan aku koi tak update blog...huhu sedih jugak..

malay-machista said...

Tuan Wahyu,
maka menunggu hijab itu terselak adalah kepedihan yang bisa. Ragu sering hadir dalam hati, entah ini bisik Syaitan, atau entah ini kebenaran. Nak kenal kebenaran, aku perlu jadi orang yang Benar. Untuk menjadi orang yang benar, aku perlu istiqamah, itu pesan orang Soleh. insyaALLAH, mohon kawan2 tolong sama....

Don Balon said...

Rodonc,
Mintok no HP aok sekali lagi..
henset koi rakai baru ni..
mekassseyyy.. :)