Wednesday, 19 January 2011

mencari pasti

Sebenar-benarnya tidak ada kepastian dalam hidup ini. Sesaat yang lalu aku ingin berkata sesuatu, sesaat seterusnya aku boleh terlupa apa yang akan kuperkatakan. Sesungguh-sungguh aku ingin menetapkan hati, sesaat boleh goyah digoncang ribut. Lalu, apa yang pasti dalam hidup ini? Mati adalah pasti. Seksa kubur adalah pasti. Syurga dan neraka adalah pasti. Wujud Allah adalah pasti.
Dalam keadaan segala serba tidak pasti, hidup mesti juga dijalani. Dan hidup bukan sebarang hidup. Hidup sebagai orang bertaqwa. menjadi orang bertaqwa, mudah diluah bibir. Menjalani hidup taqwa bagaimana?
Orang bertaqwa :
  1. Aliff, Laam, Miim
  2. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya) ; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang ( hendak) bertaqwa
  3. Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezqi yang Kami berikan kepada mereka.
  4. Dan juga orang-orang yang beriman kepada kitab Al-Quran yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad), dan kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
  5. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya...

1 comment:

Don Balon said...

Assalamualaikum rodonc..
Terima kasih atas peringatan..