Tuesday, 16 June 2009

Siri Mencari Diri (3)

Firman ALLAH SWT ;

Tetap luruslah engkau sebagaimana diperintahkan kepada mu
(Syura:15)

Sesungguhnya mereka yang telah mengakui, ALLAH tuhan kami, kemudian tetap jujur dalam pengakuan itu, bakal turun para malaikat kepadanya untuk menghibur dengan kata-kata : jangan takut dan jangan berdukacita, dan bergembiralah kamu dengan syurga yang telah dijanjikan kepadamu.
Kami (ALLAH) sebagai pelindungmu pada masa hidupmu di dunia dan di akhirat. Dan untukmu di syurga segala keinginan hatimu, dan bagimu di syurga apa yang kamu minta. Kesemuanya itu sebagai hidangan dari Tuhan yang Maha Pengampun dan Pengasih
(Fussilat:30)

Sesungguhnya mereka yang telah mengakui : Tuhan kami adalah ALLAH, kemudian kekal dalam pengakuan itu, maka tiada rasa takut dan tidak bakal susah. Merekalah ahli syurga yang akan kekal di dalamnya, sebagai pembalasan jasa atas segala amal perbuatan mereka
(Al-Ahqaf:12-13)

Semoga ALLAH merahmati pengembara ini dengan anugerah istiqamah..

5 comments:

wahyu said...

lurus jalan Allah kekal, lurus jalan kemanusiaan sering mengalami penganiyaan, kerna si lurus makanan si bengkok, si bodoh makanan si cerdik,dan si lemah makanan si gagah, justeru, pilihlah jalan ketuhanan, apatah lagi ikut hati mati, ikut nafsu lesu, ikut rasa binasa, melainkan ikut iman pasti aman.
...bicarawahyu...

Fazrulls said...

Salam bro,

Lain kali datang ke Penang lagi.. call. hee orait...

malay-machista said...

bro fazrulls,
thanks for the warm welcome, aku tau hang susah2 datang jumpa aku hari tu! maaf kalau ada terlanjur kata khilaf dalam bicara.. next i'm in penang, will definitely contact u.. tapi hang pulak kot mai KL janganla senyap-senyap jer! hehehe

Tuan Wahyu,
Rasulullah SAW pernah ditanya, apakah masuk syurga seseorang itu dengan amalannya. Lalu jawab Baginda, bahkan dirinya juga tidak ke syurga kerana amal, sebaliknya RAHMAT ALLAH SWT... lalu meski sedikit,harus istiqamah..itulah jalan yang aku cari..doakan ya!

Fazrulls said...

Salam Bro,

Hahaha.. bukan susah2 lah..kebetulan aku ada blah pulau dah kan.. cuma kempunan nak belanja hang makan ja.. sebab aku mai naik moto.. hee .. kalau tak boleh bawa makan nasi beriani dll... Nasi beratur ka... nasi buqari ka.. dll..

Apa pun ok sebab dapat jumpa hang dan kawan hang tu... tak sangka dia orang penang heee.. aku dah pi tengok dah rumah dia kat Permatang Pauh tu.. memang betul ada depa sambung ngan gate heee.. rumah tok menakan aku depan ngan rumah dia tu ja..

Orait kalau aku pi KL aku calling2 lah hang nanti.... Sg Buluh tu dekat ja bro ngan rumah kakak aku kat puncak alam tu..

Orait bro. apa pun selamat dan jumpa lagi..

wahyu said...

salam dan rahayu.
kenallah diri kamu, kamu kenal Allah, pabila kamu kenal Allah, badan kamu pasti binasa, lebur alam fana' ataupun alam baqa'....keluh, resah gelisah, tidak ada pada kekasih Allah...yakinnya, yakin kamalul yakin..yakin yang hakiki...syabas, saudara berbicara hal keruhanian...semoga dapat berterusan mencari diri dalam diri...salam hormat drp bicarawahyu.